Friday, January 26, 2018

Sains

5 EKSPERIMEN

Eksperimen 1 : SKITTLES


Bahan-bahan :-
- Coklat skittles/coklat smarties
- Air suam
- Pinggan

Cara-cara :-
1) Susun coklat skittles disekeliling bahagian tepi pinggan
2) Tuang air suam kedalam bahagian tengah pinggan sehingga melepasi paras coklat tersebut
3) Perhatikan pergerakan warna coklat tersebut

Kesimpulannya, melalui eksperimen ini adalah reaksi antara air suam terhadap coklat skittles akan menghasilkan corak yang berwarna-warni dan sangat menarik perhatian kanak-kanak.



Eksperimen 2 : SUSU BERWARNA AJAIB


Bahan-bahan :-
- Susu
- Putik kapas
- Pewarna makanan
- Sabun pencuci pinggan

Cara-cara :-
1) Tuang susu kedalam mangkuk
2) Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam susu itu tadi
3) Titik sabun pencuci pinggan ke atas pewarna makanan di dalam susu tadi dan perhatikan perubahan yang berlaku
4) Celup putik kapas pada pewarna makanan dalam mangkuk yang berisi susu
5) Ulang langkah yang keempat bagi menghasilkan banyak pergerakan warna ke dalam susu
6) Buat sedikit putaran dalam larutan tadi dengan menggunakan putik kapas untuk mendapatkan corak yang lebih menarik

Kesimpulannya, sekiranya kita menggabungkan warna-warna asas seperti merah, kuning atau biru ianya akan menghasilkan warna baru melalui pergerakan warna tadi. Sebagai contoh, warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau. Selain daripada melihat pergerakan warna dalam susu, kanak-kanak turut dapat belajar tentang hasil gabungan warna.




Eksperimen 3 : GELAS AWAN DAN HUJAN


Bahan-bahan :-
- Air
- Gelas
- Pewarna Biru
- Krim Pencukur
- Penitis

Cara-cara :-
1) Isikan 3/4 gelas dengan air
2) Penuhkan bahagian atas gelas dengan krim pencukur
3) Tunggu beberapa minit, sehingga krim pencukur berhenti membuak di atas gelas
4) Larutkan pewarna makanan biru dengan air di dalam bekas lain
5) Ambil larutan pewarna biru tadi menggunakan penitis
6) Titiskan pewarna biru sebanyak mungkin di atas krim pencukur dengan memasukkan penghujung penitis ke dalam gelas

Kesimpulannya, didalam eksperimen ini krim pencukur dianggap sebagai awan. Manakala, pewarna biru adalah air hujan. Apabila awan telah dipenuhi air, hujan akan mula turun dan akan kelihatan titisan-titisan hujan berwarna biru keluar daripada awan.



Eksperimen 4 : MENGHASILKAN GAS KARBON DIOKSIDA



Bahan-bahan :-
- 1 Botol mineral kosong
- 3 sudu makan cuka
- 2 sudu teh bikarbonat
- Sehelai belon
- Corong untuk masukkan soda ke dalam belon

Cara-cara :-
1) Masukkan cuka ke dalam botol
2) Masukkan soda bikarbonat ke dalam belon menggunakan corong
3) Lekatkan hujung belong ke mulut botol mineral, perlahan-lahan tegakkan belon supaya semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol mineral tersebut
4) Sebaik sahaja bercampur dengan cuka, karbon dioksida akan terhasil dan belon akan mula menegak perlahan-lahan



Eksperimen 5 : BOTOL MUZIK


Bahan-bahan :-
- 8 botol kaca
- Air kosong
- Sudu

Cara-cara :-
1) Susun 8 biji botol sebari
2) Masukkan air kosong ke dalam botol dengan isipadu yang berbeza ( Jika isipadu air di dalam botol nombor 1, botol yang kedua hendaklah dikurangkan sedikit airnya begitulah sehingga ke akhir botol)
3) Ketuk setiap botol dengan sudu (Pastikan bunyi yang dihasilkan berbeza, seperti bunyi do re mi fa so la ti do)



No comments:

Post a Comment